كل إنسان يعيشون على هذه الأرض يجب أن يكون يحلم أن تكون له أسرة سعيدة ومنسجمة، ولكن ليس لدى الجميع أسرة سعيدة. الحمد لله، أعطيت أسرة متناغمة جدا.
Setiap insan yang hidup di atas muka
bumi ini pasti mengimpikan untuk memiliki sebuah .
keluarga bahagia dan harmoni, tetapi tidak semua orang memiliki sebuah keluarga yang bahagia Syukur kepada Allah saya dianugerahi keluarga yang harmoni
![]() |
أسرتي السعيدة |
أعيش مع عائلتي تتكون من الأم، الأب، ثلاث أبناء وثلاثة بنات في سري مانجونج، بيراق. عمل والدي كمدير تنفيذي للموارد البشرية في محطة سلطان أزلان شاه في سيري مانجونج، بيراك.
حينما كانت وأمّي معلمة في المدرسة الثانوية الوطنية الميثودية في سيتياوان، بيراك. لقد أكمل أخي الأكبر شهادته في تكاليف الموارد البشرية. في حين واصل أختي دراساته في مجال العلوم الكيميائية في UITM، شاه علم. وأخيرا، لا يزال 3 من أشقائي الصغار في المدرسة.
هذب ابي اسرتي خاصة ابناءه لجعل المسجد منزل ثان بحاضر المسجد دائما كل صلاة الفرض. وعلاوة على ذلك، تقع مسجد بقريب من بيتنا. وبالنسبة ببناته وزوجته، هذب ابي عليهم لصلاة الجماعة في البيت فقط. عندما نرجع من المسجد معا بعد صلاة الصبح، نقرأ القرءان ونستمع خطبة قصيرة من ابي. بالاضافة الى، كل وقت الغداء، نأكل معا. سيتم تناول وجبات الطعام بعد قراءة الدعاء معا.منذ طفولة، علم الأب اسرتي أن نستيقظ في الصباح لأن مقتنع بأن كل من يستيقظ في الصباح الله يبارك فيه ويسر اليومية
![]() |
هذا هو المسجد الذي نقوم به كل صلاة الفرض |
كل اجازة اسبوعية، نتناول الطعام جميعا في كوخ تفع في فناء البيت.بعد تناول معا، نحن تقسيم مهمة لمساعدة أمي وأبي. مثل، أنا مساعدة الأم لغسل الأطباق في المطبخ ورمي بعيدا القمامة. إلى جانب ذلك، يساعد الأخوة الآخرين الأب والأم بغسل الملابس. منذ الطفولة، كل خرجنا من المسجد بعد الصلاة، ابناء ابي كومة الصنادل والدنا في موضع الصحيح دائما لتسهيل على ابي لخرج من المسجد. على الرغم لم يطلب من ابي الحبيب للقيام بذلك.
تقريبا كل صباح ومساء، سوف تقضي عائلتنا بعض الوقت معا في فناء البيت بالرياضة كلعب كرة القدم و كرة الريشة والركض وتنس بما في ذلك أمي وبنات والدي كوسيلة واحدة للحفاظ على عائلتتا صحية لأن الصحة تسمح واحدة لتلد فكرة رائعة.
كما قال الفدهاء :"' العقل السليم في الجسم السالم ".
بعد الرياضة، أخذ والدي جوز الهند بالنسبة لنا للشرب معا على العشب. في حين نتمتع جوز الهند، كل واحد منا يشارك التذكريات عن حياتنا في مكان الدراسة. نضحك في كل مرة نحصل على مضحك الأشياء في كل محادثة.
وعلاوة على ذلك، بعد صلاة المغرب في المسجد، إذا لم يكن هناك تاذكيرا، والدي يدعونا دائما لجعل لقتل السحلية في حول بيتنا. لأنني كنت خائفا من السحلية، كنت أبحث دائما عن طريق لتجنب توجيه من أبي لقتل السحلية مثل أعطيت مضرب السحلية إلى اخي الصغير.
في الختام، واجب علينا لحب عائلتنا لأن بدون اسرة، من نحن؟الأسرة مهمة في حياتنا. إن المحبة في الأسرة تقوي صلة القرابة والرحم بين الأقارب. والاسرة السعيدة عماد المجتمع المدني. قال النبي صلى الله عليه وسلم : "خيركم خيركم لأهله وأنا خيركم لأهلي". اتمني عائلتنا نجتمع دائما معا لأن الحقيقة الجنة اليوم يمكننا أن نشعر هو وطننا مليئة بذفء عائلتنا.
keluarga bahagia dan harmoni, tetapi tidak semua orang memiliki sebuah keluarga yang bahagia Syukur kepada Allah saya dianugerahi keluarga yang harmoni
Saya tinggal bersama keluarga saya
yang terdiri daripada emak, abah, 3 lelaki dan 3 perempuan di Sri Manjung,
Perak. Abah saya bekerja sebagai eksekutif sumber manusia di Stesyen Janakuasa
Sultan Azlan Shah di Seri Manjung, Perak. Manakala emak saya pula seorang cikgu
sejarah tingkatan 3 di Sekolah Menengah Kebangsaan Methodist (ACS) yang
terletak di Sitiawan, Perak. Abang sulung saya baru sahaja menamatkan
pengajiannya dalam Ijazah Sarjana Muda bidang Sumber Manusia. Manakala kakak
saya menyambung pengajiannya dalam bidang sains kimia Ijazah Sarjana Muda di
UITM, Shah Alam. Akhir sekali, 3 orang adik saya yang masih lagi di bangku
persekolahan.
Sejak dari kecil, abah mendidik saya
dan keluarga untuk bangun awal pagi kerana dia yakin sesiapa yang memulakan
hari-harinya dengan bangun diawal pagi, Allah akan berkati hidupnya dan memudahkan urusannya seharian
Abah mendidik kami terutamanya
adik-beradik lelaki untuk menjadikan masjid sebagai rumah kedua kami dengan
sentiasa menghadirkan kaki dan hati setiap solat fardhu. Tambahan pula, masjid
terletak berdekatan dengan rumah kami. Bagi anak perempuan pula dan isteri
tercintanya, abah mendidik mereka untuk solat di rumah secara berjemaah.
Apabila abah dan kami pulang ke rumah seusai solat Subuh, kami sekeluarga akan
membaca Al-Quran bersama-sama dan mendengar tazkirah ringkas dari ayah tercinta
selepas selesai membaca Al-Quran. Setiap kali waktu makan pula, kami akan makan
beramai-ramai dengan dihidangkan masakan emak yang amat menyelerakan. Kami
mengamalkan membaca doa beramai-ramai sebelum dan selepas makan.
Setiap hujung minggu pula, kami
sekeluarga akan makan beramai-ramai di pondok yang terletak di halaman rumah.
Setelah makan, kami membahagikan tugas masing-masing untuk menolong mak dan
abah. Contohnya, saya ditugaskan untuk membasuh pinggan dan membuang sampah
manakala adik-beradik yang lain ditugaskan untuk basuh baju. Sejak kecil lagi
setiap kali keluar dari masjid setelah solat, kami anak lelaki selalu menyusun
selipar abah di posisi yang memudahkan abah untuk keluar dari masjid walaupun
tidak disuruh oleh abah tercinta.
Hampir setiap pagi dan petang , kami
sekeluarga akan meluangkan masa bersama dengan beriadah di halaman rumah
seperti bermain bola sepak, badminton dan jogging termasuk emak dan adik-adik
perempuan sebagai salah satu cara untuk menjaga kesihatan kami sekeluarga
kerana kesihatan membolehkan seseorang melahirkan idea yang bernas.
Pepatah Arab ada mengatakan
العَقْلُ السَّلِيمُ في الجِسمِ السَّلِيْمِ
Yang
bermaksud, akal yang cerdas dalam badan yang cergas.
Selepas bersukan, abah saya mengambil
buah kelapa yang ditanam di dpan rumah untuk kami minum bersama-sama di atas
rumput. Sambil menikmati buah kelapa, kami berkongsi cerita tentang kehidupan
masing-masing di tempat pengajian masing-masing. Kami bergelak ketawa setiap
kali ada jenaka lain dalam setiap perbualan kami itu
Selain daripada itu, selepas solat Maghrib
di masjid, sekiranya tiada tazkirah , abah saya selalu mengajak kami anak
lelaki abah untuk buat operasi bunuh cicak di sekeliling rumah. Disebabkan saya
takut kepada cicak, saya sentiasa mencari jalan untuk elak dari diarah oleh
abah saya untuk membunuh cicak seperti saya memberi pemukul lalat kepada adik
lelaki saya untuk membunuh cicak yang jatuh selepas dilastik oleh abah.
Sebagai kesimpulannya, wajib ke atas
kita untuk mengasihi keluarga kita kerana tanpa mereka siapalah kita. Keluarga
merupakan orang yang penting dalam hidup kita. Sesungguhnya kasih sayang ahli
keluarga dapat memperkuatkan sillaturrahim antara kerabat. Keluarga bahagia
ialah tiang masyarakat bertamadun. Seperti baginda bersabda : "Sebaik-baik
kalian ialah yang paling baik dengan keluarganya. Saya harap kami sekeluarga
dapat berkumpul bersama kerana Syurga yang sebenar pada hari ini yang dapat
kita rasakan ialah rumah kita yang dipenuhi dengan kehangatan keluarga kita.
Terima kasih
kerana sudi membaca kisah hidup kami sekeluarga