Wednesday, 15 November 2017

أسرتي السعيدة

      كل إنسان يعيشون على هذه الأرض يجب أن يكون يحلم أن تكون له أسرة سعيدة ومنسجمة، ولكن ليس لدى الجميع أسرة سعيدة. الحمد لله، أعطيت أسرة متناغمة جدا.
أسرتي السعيدة
    أعيش مع عائلتي تتكون من الأم، الأب، ثلاث أبناء وثلاثة بنات في سري مانجونج، بيراق. عمل والدي كمدير تنفيذي للموارد البشرية في محطة سلطان أزلان شاه في سيري مانجونج، بيراك. 

حينما كانت وأمّي معلمة في المدرسة الثانوية الوطنية الميثودية في سيتياوان، بيراك. لقد أكمل أخي الأكبر شهادته في تكاليف الموارد البشرية. في حين واصل أختي دراساته في مجال العلوم الكيميائية في UITM، شاه علم. وأخيرا، لا يزال 3 من أشقائي الصغار في المدرسة.


منذ طفولة، علم الأب اسرتي أن نستيقظ في الصباح لأن مقتنع بأن كل من يستيقظ في الصباح  الله يبارك فيه ويسر اليومية

هذب ابي اسرتي خاصة ابناءه لجعل المسجد منزل ثان  بحاضر المسجد دائما كل صلاة الفرض  وعلاوة على ذلك، تقع مسجد بقريب من بيتنا. وبالنسبة ببناته وزوجته، هذب ابي عليهم لصلاة الجماعة في البيت فقط. عندما نرجع من المسجد معا بعد صلاة الصبح، نقرأ القرءان ونستمع خطبة قصيرة من ابي. بالاضافة الى، كل وقت الغداء، نأكل معا. سيتم تناول وجبات الطعام بعد قراءة الدعاء معا.       
هذا هو المسجد الذي نقوم به كل صلاة الفرض



     كل اجازة اسبوعية، نتناول الطعام جميعا في كوخ تفع في فناء البيت.بعد تناول معا، نحن تقسيم مهمة لمساعدة أمي وأبي. مثل، أنا مساعدة الأم لغسل الأطباق في المطبخ ورمي بعيدا القمامة. إلى جانب ذلك، يساعد الأخوة الآخرين الأب والأم بغسل الملابس. منذ الطفولة، كل خرجنا من المسجد بعد الصلاة، ابناء ابي كومة الصنادل والدنا في موضع الصحيح دائما لتسهيل على ابي لخرج من المسجد. على الرغم لم يطلب من ابي الحبيب للقيام بذلك. 


 تقريبا كل صباح ومساء، سوف تقضي عائلتنا بعض الوقت معا في فناء البيت بالرياضة كلعب كرة القدم و كرة الريشة والركض وتنس بما في ذلك أمي وبنات والدي كوسيلة واحدة للحفاظ على عائلتتا صحية لأن الصحة تسمح واحدة لتلد فكرة رائعة
















كما قال الفدهاء :"' العقل السليم في الجسم السالم ".  
      بعد الرياضة، أخذ والدي جوز الهند بالنسبة لنا للشرب معا على العشب. في حين نتمتع جوز الهند، كل واحد منا يشارك التذكريات عن حياتنا في مكان الدراسة. نضحك في كل مرة نحصل على مضحك الأشياء في كل محادثة. 


















   وعلاوة على ذلك، بعد صلاة المغرب في المسجد، إذا لم يكن هناك تاذكيرا، والدي يدعونا دائما لجعل لقتل السحلية في حول بيتنا. لأنني كنت خائفا من السحلية، كنت أبحث دائما عن طريق لتجنب توجيه من أبي لقتل السحلية مثل أعطيت مضرب السحلية إلى اخي الصغير.




   في الختام، واجب علينا لحب عائلتنا لأن بدون اسرة، من نحن؟ 
الأسرة مهمة في حياتنا. إن المحبة في الأسرة تقوي صلة القرابة والرحم بين الأقارب. والاسرة السعيدة عماد المجتمع المدني. قال النبي صلى الله عليه وسلم : "خيركم خيركم لأهله وأنا خيركم لأهلي".  اتمني عائلتنا نجتمع دائما معا لأن الحقيقة الجنة اليوم يمكننا أن نشعر هو وطننا مليئة بذفء عائلتنا.


 شكرا لأن تقرأ قصّتي! مع السلامة....

     Setiap insan yang hidup di atas muka bumi ini pasti mengimpikan untuk memiliki sebuah    .
keluarga bahagia dan harmoni, tetapi tidak semua orang memiliki sebuah keluarga yang bahagia                               Syukur kepada Allah saya dianugerahi keluarga yang harmoni                                 


          Saya tinggal bersama keluarga saya yang terdiri daripada emak, abah, 3 lelaki dan 3 perempuan di Sri Manjung, Perak. Abah saya bekerja sebagai eksekutif sumber manusia di Stesyen Janakuasa

Sultan Azlan Shah di Seri Manjung, Perak. Manakala emak saya pula seorang cikgu sejarah tingkatan 3 di Sekolah Menengah Kebangsaan Methodist (ACS) yang terletak di Sitiawan, Perak. Abang sulung saya baru sahaja menamatkan pengajiannya dalam Ijazah Sarjana Muda bidang Sumber Manusia. Manakala kakak saya menyambung pengajiannya dalam bidang sains kimia Ijazah Sarjana Muda di UITM, Shah Alam. Akhir sekali, 3 orang adik saya yang masih lagi di bangku persekolahan.



          Sejak dari kecil, abah mendidik saya dan keluarga untuk bangun awal pagi kerana dia yakin sesiapa yang memulakan hari-harinya dengan bangun diawal pagi, Allah akan berkati hidupnya dan memudahkan urusannya seharian
     Abah mendidik kami terutamanya adik-beradik lelaki untuk menjadikan masjid sebagai rumah kedua kami dengan sentiasa menghadirkan kaki dan hati setiap solat fardhu. Tambahan pula, masjid terletak berdekatan dengan rumah kami. Bagi anak perempuan pula dan isteri tercintanya, abah mendidik mereka untuk solat di rumah secara berjemaah. Apabila abah dan kami pulang ke rumah seusai solat Subuh, kami sekeluarga akan membaca Al-Quran bersama-sama dan mendengar tazkirah ringkas dari ayah tercinta selepas selesai membaca Al-Quran. Setiap kali waktu makan pula, kami akan makan beramai-ramai dengan dihidangkan masakan emak yang amat menyelerakan. Kami mengamalkan membaca doa beramai-ramai sebelum dan selepas makan.

         Setiap hujung minggu pula, kami sekeluarga akan makan beramai-ramai di pondok yang terletak di halaman rumah. Setelah makan, kami membahagikan tugas masing-masing untuk menolong mak dan abah. Contohnya, saya ditugaskan untuk membasuh pinggan dan membuang sampah manakala adik-beradik yang lain ditugaskan untuk basuh baju. Sejak kecil lagi setiap kali keluar dari masjid setelah solat, kami anak lelaki selalu menyusun selipar abah di posisi yang memudahkan abah untuk keluar dari masjid walaupun tidak disuruh oleh abah tercinta.

         Hampir setiap pagi dan petang , kami sekeluarga akan meluangkan masa bersama dengan beriadah di halaman rumah seperti bermain bola sepak, badminton dan jogging termasuk emak dan adik-adik perempuan sebagai salah satu cara untuk menjaga kesihatan kami sekeluarga kerana kesihatan membolehkan seseorang melahirkan idea yang bernas.

Pepatah Arab ada mengatakan 

 العَقْلُ السَّلِيمُ في الجِسمِ السَّلِيْمِ

Yang bermaksud, akal yang cerdas dalam badan yang cergas.
      Selepas bersukan, abah saya mengambil buah kelapa yang ditanam di dpan rumah untuk kami minum bersama-sama di atas rumput. Sambil menikmati buah kelapa, kami berkongsi cerita tentang kehidupan masing-masing di tempat pengajian masing-masing. Kami bergelak ketawa setiap kali ada jenaka lain dalam setiap perbualan kami itu
     Selain daripada itu, selepas solat Maghrib di masjid, sekiranya tiada tazkirah , abah saya selalu mengajak kami anak lelaki abah untuk buat operasi bunuh cicak di sekeliling rumah. Disebabkan saya takut kepada cicak, saya sentiasa mencari jalan untuk elak dari diarah oleh abah saya untuk membunuh cicak seperti saya memberi pemukul lalat kepada adik lelaki saya untuk membunuh cicak yang jatuh selepas dilastik oleh abah.

         Sebagai kesimpulannya, wajib ke atas kita untuk mengasihi keluarga kita kerana tanpa mereka siapalah kita. Keluarga merupakan orang yang penting dalam hidup kita. Sesungguhnya kasih sayang ahli keluarga dapat memperkuatkan sillaturrahim antara kerabat. Keluarga bahagia ialah tiang masyarakat bertamadun. Seperti baginda bersabda : "Sebaik-baik kalian ialah yang paling baik dengan keluarganya. Saya harap kami sekeluarga dapat berkumpul bersama kerana Syurga yang sebenar pada hari ini yang dapat kita rasakan ialah rumah kita yang dipenuhi dengan kehangatan keluarga kita.

Terima kasih kerana sudi membaca kisah hidup kami sekeluarga